Saturday, April 26, 2014

MATI INGATAN KU

Ingatan ku kepada Mu,
Kusut masai,
Berselerong,
Di bawah rumpunan daun hijau,
Yang kering,
Membawa kepada adanya pelangi petang,
Menghala ke ufuk senja,
Dalam keadaan yg bercelaru,
Aku menghirup udara segar,
Dari kealpaan diri sendiri,
Yang ku lihat sebenarnya sirna,
Yang ku tatang,
Yang ku rasa,
Ia tipu muslihat,
Dari si pendengki,
Ingatan ku,
Kusut masai,
Patuh pada hati,
Aku mati.

-S.M.S.91-
~LUPA~

Wahai hamba Allah.,
berapa luas gudang harta mu.,
mampu membeli seisi dunia.,
merasa nikmat tak mahu bersudah.,
kamu mampu memberi.,
tak mahu memberi.,
kamu mampu memberi.,
tapi lupa untuk memberi.,
mengambil dari yang sedikit.,
atau menarik dari yang banyak.,
atau mengagih kepada fakir
atau menyusun lebih tinggi ke dalam gudang mu.,
apa yang kamu cari.,
apa yang kamu dapat.,
jawapan itu bersama mereka.,
atau bersama dirimu yang sedang kencang.,
mengaut hasil tanaman.,
untuk diagih sesama sendiri.,
atau disedekahkan kepada yang perlu.,
atau mereka yang menghulur tidak menerima langsung.,
wahai hamba Allah.,
buka mata mu.,
bukan ini maksud ku.,
tapi ini yang ku cuba sampaikan.,
kamu boleh leka dengan kesenangan dunia.,
kerna ia memang milik mu.,
kekadang ia menjadi racun.,
walau ia sebenarnya penawar.,
masih belum nampak apa maksud ku.,
hai hamba Allah.,
ini bukan maksud ku.,
tapi terselit apa yang nak ku sampaikan.,
kamu dapat merancang dunia.,
namun perjalanan dunia bukan di tangan mu.,
aku memerhati mu dari sisi tepi.,
dari ufuk yang sangat tajam.,
kamu sedar tetapi lupa.,
atau kamu tidak sedar langsung.,
akan apa sebenarnya yang kamu perlukan.,
akan apa sebenarnya anak cucu cicit kamu perlukan.,
akan apa sebenarnya isteri mu yang rakus itu perlukan.,
jiran jiran mu.,
sahabat.,
saudara.,
yang melahirkan mu.,
yang mendidik mu.,
yang membantu.,
yang meminta.,
yang memberi.,
yang mengikis.,
yang terguris.,
yang cuba membangunkan mu dari lena yang panjang.,
yang cuba mendekati mu.,
yang mengaut keuntungan dari mu.,
yang memukul mu dari belakang.,
yang cuba menikam dari depan tetapi jatuh dalam perangkap mu.,
yang menyampaikan salam rindu dari jauh.,
dan dari jauh itu kamu berasa dekat.,
kamu rasa tapi kamu tidak mahu memikirkannya.,
kamu ingin tapi kamu tidak mahu memikirkannya.,
kamu rindu tapi kamu tidak mahu memikirkannya.,
atau falsafah rindu mu tidak dapat memahaminya langsung.,
dan buta.,
hai hamba Allah.,
semua ini.,
celik sudah apa yang ku leterkan.,
itulah jawabannya.,
keampunan.,
itu yang hati mu tagihkan selama ini.,
jika aku adunkan isi alam menjadi milik mu.,
jika langit luas kupahat kemegahan namamu.,
klimaks hidup.,
keampunan yang kan tetap kau ratapkan.,
bagi masanya yang tiba.,
dan kamu akan rakus mengejarnya.,
dan kamu akan merangkak menujunya.,
dan kamu akan tuli dengan alam maya.,
dalam keadaan gelojak.,
biar aku rangkul isi alam ini dan kuberikan kepada mu.,
dan hanya pada mu.,
kamu akan menganggapnya seperti sampah.,
pancaindera menafikannya langsung.,
saat itu sudah kau kenal.,
maksud hidup.,
maksud setiap sedutan pernafasan ini.,
maksud setiap anugerah yang kau peroleh.,
dari dahulu.,
hingga tiada penghujung.,
keampunan dari yang menjadikan tiada kepada ada.,
keampunan.

-SMS91-

Friday, April 18, 2014

~SATU PER SATU~

Aku membuka kitab lamaku.,
dengan pena di tangan.,
menyelak muka surat satu per satu.,
jendelaku terbentang luas.,
memaparkan suasana luar yang kian gelitar.,
tika itu gerimis masih kencang.,
satu per satu helaiannya basah.,
tidak usah ku risau.,
aku masih layak menulis.,
yang basah kan kering.,
yang kontang kan menangis.,
cuma ia permainan masa.,
bagi menyukat hati manusia.,
rakus dengan dunia.,
tangan jemari ku gentar.,
yang di dalam gelitik gelintar.,
namun mula sudah ia bergerak.,
satu per satu.


-SMS91-(2014)